Followers

Friday 9 December 2011

1 Juta menuntut Kerajaan UMNO Meminda Perlembagaan menghalang murtad





Bismillahirrahmanirrahim…. Assalamualaikum….. . Menurut islam , Murtad ialah satu istilah yang diberikan kepada perbuatan seorang muslim yang melakukan sesuatu perkara yang boleh mengeluarkan dia daripada syariat Islam baik berupa perbuatan atau perkataan ataupun kepercayaan serta keyakinan yang mencukupi syarat untuk mengeluarkan dia daripada agama Islam. “ Barangsiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu dia mati maka jadilah dianya itu kafir di dunia dan terhapuslah segala amalannya di dunia dan mereka menjadi penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya” (Surah Al-baqarah : 217). Pada hari ini gejala murtad sangat berleluasa berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia tanpa kita sedari ianya bercambah dan bertambah akibat dari kejahilan, kerosakan moral dan akhlak yang membantu dan mendorong muda-mudi jauh dari agama sehingga mudah mengadaikan iman serta persekitaran semasa yang tidak selamat bagi akidah dan iman umat Islam termasuk penguatkuasaan undang-undang yang terlalu lemah mengakibatkan gejala murtad menjadi buruk tanpa dapat dibendung. Oleh itu…kami menuntut kerajaan UMNO BN sebagai pemerintah yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas dasar2 penggubalan undang2 negara,merubah sistem pentadbiran,dengan apa cara sekali dapat membendung perlakuan murtad ini bermula dari perkara2 yang boleh menyebabkan,mendorong dan membantu gejala murtad ,seterusnya menggubal undang2 untuk menghalang dan menghukum pesalah murtad menurut islam….

No comments:

Post a Comment